Langit biru

Salam,

Lama saya tidak menulis disini. Membawa hati. Cuba melupakan bahawa ini adalah suatu realiti yang harus saya hadapi. Sedikit sebanyak ia membantu juga mengubat lara. Hari ini saya kembali, kerana rupanya masih ada yang membaca blog ini dan email kepada saya personally menceritakan pengalaman mereka dan saya rasa mereka juga tertunggu2 perkembangan terbaru suami saya untuk  dijadikan panduan atau apa sahaja..  Mungkin dalam ruang yg sedikit ini, dapat juga kiranya saya membantu orang-orang yang senasib dengan saya.

Sepanjang sebulan yang lalu, keadaan suami semakin baik. Dia betul2 follow pengambilan ubat yg tepat pada waktunya serta penjagaan pemakanannya. Masa awal tu payah juga, especially bila kami perlu berada di rumah saudara mara waktu kenduri dan dia perlu ambil ubat tepat jam 8.40pm.  Waktu pagi pula jam 8.40am. Pagi tidak bermasalah sangat. Tapi malam, kesan ubat yang diambil lain macam sikit; dia akan cepat ‘ting-tong’ katanya lepas ambil ubat tu. Jadi jika perlu memandu, selalunya i’ll be taking the driver’s seat la. So awal2 tu kami banyak avoid apa2 jemputan kenduri atau makan malam.  Kalau terpaksa, kami attend juga dan bila its time for him to take his medicine, dan org bertanya, I have to hold my breath – risaunya kalau orang tahu. But they know, he’s recovering from sakit hari tu, and just taking his normal medication, so mereka tidak la syak apa-apa yang lain. Lepas itu saya lega la.. Banyak cuti-cuti umum yang berlalu, dan semua orang pergi bercuti ke sana sini tapi kami stay in sahaja. Nak ajak pegi window shopping atau jalan2 pun dia tak larat sangat. Memang bosan sikit la masa tu, but we managed to handle it la. Dia tak boleh diajak jalan2, saya ajak dia pegi makan2.. 🙂 Itu adalah antara cabaran yg perlu saya lalui.  Orang sekeliling tengok dia semakin pulih, tapi sebenarnya tidak dan hanya saya yang tahu status kesihatannya. Dan trying to act normal when the situation is not adalah cabaran paling besar….

Dengan rahmat Allah, mungkin ubat yang suami makan telah serasi dengan badan, selera makannya juga bertambah. Kejap2 rasa lapar. Kadang2 kesian juga melihatnya. Berat badan yang hanya 48kg sewaktu diadiagnose telah pun naik ke 52kg minggu lalu. Dia nampak happy sedikit. Cuma risau bagaimana  CD4 countnya tu. Saya maklumkan kepada suami tentang TT yang telah meningkat CD4 countnya dalam beberapa bulan selepas menjalani rawatan HAART, so dia positif sikit la..

Sehingga kini kami masih belum ‘bersama’. Saya belum mampu meyakinkan diri sendiri. Masih mencari hala tuju hubungan ini. Rasa cuak dan rasa didustai itu masih dalam. So, what do you do? Hidup ini macam cuaca juga, ada kala langit biru cerah. Ada kala mendung tak sudah. So we are living life just as it is.. langit terasa biru bila tidak terlalu fokus tentang apa yang terjadi, mendung dan suram bila mengenang realiti. Masa langit biru cerah, cuci baju semua, jemur bagi kering lah.. 🙂 Bila mendung dan suram, berdoalah kepadaNya, penjaga sekalian alam.

 

10 comments on “Langit biru

  1. anonymous one says:

    Allah jua yang mengetahui segalanya. Semoga dalam keadaan yang baik dan sejahtera buat kakak dan suami. Amin

  2. AHP says:

    syukurlah ada tanda semakin positif.
    byk perkara yg bermain di fikiran saya bila membaca entry ini tetapi biarlah puan dan suami sendiri menyelesaikan ikut cara sendiri. lain orang, lain fikrahnya asalkan jgn stigma dalaman dan sejarah yang menyiksa diri sendiri berbanding virus sudahlah.

  3. Naj Mi says:

    Kalau bertanya pada yang pakar mereka akan kata berat tubuh badan serta bacaan CD4 akan terus meninngkat bila kita jaga dengan tepat waktu makan ubat. Jangan sesekali terlupa. Alhamdulillah suami awk ada awk yang boleh membantu memastikan pengambilan ubat tepat pada waktunya. Bagaimana mereka yang bersendirian? Pada saya suami awk akan bertambah sihat nampaknya sama seperti saya dulu, selera makan meningkat, pernah sekali tu saya makan hampir 6 keping capati dan makan lain dalam satu masa.

    Insyaallah semuanya akan berjalan lancar nanti, Alhamdulillah dengan keadaan suami awak. Dan moga awak jugak lebih bersemangat.

    • Terima kasih abg najmi.
      6 keping capati? wah banyak tu..
      Ya dia memang kuat makan sekarang. kawan2 di ofis dia mengusik seolah2 dia ade ‘membela’.
      Memang ada pun kan.. – virus-
      Insyallah, saya juga berdoa dia bertambah sihat. Terima kasih bagi input2 yang boleh dijadikan panduan.

  4. MK says:

    Salam,

    Semoga sentiasa menjadi penyokong buat suami, hanya Allah dapat membalas jasa dan ihsan yg awak beri kepada suami, syurga la hendaknya buat isteri seperti ini.. InsyaAllah . Amin

Leave a comment