Sexless marriage

Aku terbaca satu kisah couple mat saleh. Org Barat yang kita fikir boleh menerima apa saje yang pasangannya buat. Nak extra partners ke, nak same sex partners ke.. tapi kesudahan kisah benar itu akhirnya menunjukkan bahawa – kasih sayang itu mungkin boleh berterusan tapi toleransi dlm kehidupan ada hadnya.

Mary yang dah lama membina rumahtangga dan mempunyai anak2 yang telah meningkat remaja dikejutkan dengan pengakuan suaminya bahawa dia sukakan kaum sejenis dan selera itu tidak pernah padam. Walaupun telah beberapa tahun membina rumahtangga yang nampak bahagia, dihormati oleh ramai orang (kerana kedua mereka mempunyai kerjaya cemerlang dan dikenali ramai), akhirnya Mary perlu berdepan dengan realiti yang menyakitkan. Pun begitu, kerana nak jaga air muka dan juga sayang yang mendalam, dia menerima pengakuan suaminya itu dan masih terus bersama dalam sebuah perkahwinan walaupun sejak itu, mereka tidak lagi berhubungan intim. Lain2 tanggungjawab dilaksana seperti biasa oleh pasangan ini. Suami Mary pula mula mempunyai kekasih baru dan merasai kehidupan baru juga apabila outstation.

Walaupun Mary cuba berlagak biasa, cuba menerima kekurangan suaminya seadanya selama 3- 4 tahun itu, namun hati perempuan siapalah yang tahu. Dan lama kelamaan perasaan tidak patut menanggung itu timbul juga. Perasaan rugi. Perasaan dipersia. Semua hadir. Dan akhirnya, Mary fail permohonan cerai.

Kasih sayang, cinta? Patut atau tidak patut hal itu. Akhirnya, manusia tetap memilih untuk tidak berpura-pura. Jika engkau punya minat, aku juga punya hati.

Syabas Mary.

Dan tentunya agama kita juga tidak rela melihat wanitanya menderita. 

 

Bungkam

Masa gugur
Bak daun rapuh
Dibawa angin menderu
Berlalulah musim itu

Ditarik sauh kapal berlalu
Gores dasarmu siapa tahu?

Duka? Balutkan ia
Fikiran? Matangkan saja

Kehidupan ini begitulah..

p/s: Result check darah selepas setahun itu menyatakan saya bebas siflis. Bebas sepenuhnya. Zero. Null. Syukur saya ke hadrat Illahi. Keputusan yang saya terima sebelum AidilFitri 2013 itu umpama satu closure. Selesai satu bab. Seterusnya, hidup harus dijalani dan saya perlu lebih menjaga kesihatan diri.

 

Keputusan

Alhamdulillah. 2 minggu yang lepas husb telah pergi ambil result darah. CD4 countnya meningkat kepada 241, viral load dah turun ke 21 – 24 (undetectable) (maaf lupa lak bacaan tepat tapi range itulah) dan bacaan tither siflis 1:2 sahaja.

Bagi saya itu satu result yang baik. Ada la improvement. Walau husb bersyukur, dia sedikit kecewa. Katanya kalau boleh biarlah hilang terus, tak larat dah makan ubat tiap2 hari katanya. Well, ….

Telah hampir setahun berlalu. Tidak sangka kami masih boleh mengatur langkah kehidupan ini. Walaupun tidak indah, tapi bersyukur kerana ruang dan peluang yang kami perolehi.

Cuma satu, wanita memang boleh menanggung keperitan duka, tapi, bila kepercayaan pernah hilang, susah betul nak bina impian baru semula.

Esok memang masih ada. Tapi adakah esok milik kita..?

 

 

 

Penawar

Salam,

Lama saya tinggalkan blog ini kerana kesibukan tugas seharian. Pun begitu, saya masih ingat dan diperingatkan tentang takdir yang telah menimpa diri ini.

Post kali ini saya tujukan kepada sesiapa yang berkenaan, yang mencari penawar penyakit dan kedukaan yang kita alami dari musibah ini.Ya, pertama sekali perlu ada ketabahan dan kesabaran serta doa agar kita mampu menghadapinya.

Segalanya mungkin dalam hidup ini. Saya bertemu seseorang yang mampu membantu. Saya telah makan ubat beliau dan masih makan ubat beliau. Saya bercakap tentang syphillis tuan/puan. Jika dibaca dalam entri2 terdahulu, mungkin tuan/puan dah tahu. Melalui pemeriksaan kesihatan yang lalu, bacaan titter saya yang 1:2 itu telah tiada. Sepatutnya ia akan hilang secara gradual. Selama mana kita tidak tahu. Doktor selalu cakap, selamanya ia akan berada dalam badan kita. Alhamdulillah status saya sekarang adalah undetectable. Cuma saya perlu check dalam antibodi saya sahaja pada tahun depan.

Suami juga sedang mengambil ubat tersebut. Cuma dose dan ubatnya sedikit berbeza. Reading CD4nya hanya akan diketahui selepas dia membuat pemeriksaan nanti. Kami menanti dengan penuh harapan.

Saya hanya ingin membantu, terutama isteri2 yang teraniaya, mungkin juga suami ya? Siapa tahu.

Hubungi saya melalui email radsha2011@gmail.com. Insyallah moga masih ada sinar untuk kita.

Tabahlah.

Salam Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Semoga kita semua beroleh rahmat dan berkat.

Alhamdulillah suami dapat menunaikan puasa seperti biasa. Cuma lepas berbuka, perut dia akan terasa kembung dan senak. Masalah ni dah berlarutan sekian bulan. Bila tanya Doktor, dia kata bukan kesan sampingan HAART.

Cabaran tetap datang. Tapi untuk bulan ini, biarlah kita fokus pada ibadah saja.

Jumpa lagi.

Luka di tangan

Pada 29/6 yg lalu saya telah pergi membuat ujian darah untuk kesekian kalinya untuk mengetahui sama ada sisa-sisa siflis dengan tither 1:2 masih ada dlm badan saya. Result diperlehi pada 6/7 dan alhamdulillah, resultnya undetectable.Namun begitu dalam antibodi masih reactive. Doktor cakap, it’ll probably stay that way for the rest of my life. Saya cuma perlu datang buat ujian semula pada masa yang sama tahun depan untuk melihat sama ada reactive itu hilang/berkurang…

Dah 7 bulan berlalu. Akhirnya suami memaklumkan kpd ibu bapanya. Kami mengatakan bahawa dia mengalami penyakit tersebut melalui pemindahan darah. Tujuan kami – saya: biarlah dia mendapat doa yang terbaik dari kedua ibu bapanya. Moga itu memudahkan perjalanan hidupnya dan mengubati penyakit ini dengan cepat sekiranya ada kemajuan dalam bidang perubatan. Kadang2 saya juga tidak berada disisinya kerana perlu bertugas luar negara, jadi jika apa2 hal, parents dia akan tahu apa perlu dibuat. Bukanlah saya mendoakan terjadi sesuatu yg buruk, tetapi ianya penting juga. Dan saya harap jika selama ini kasih sayang antara mereka tidak begitu kukuh, lepas ini mereka akan lebih mengambil berat dan memberi sokongan.

Dan alhamdulillah. Dia lebih kuat menghadapi hari2 yang mendatang sekarang dengan sokongan padu kedua ibu bapanya. Cerita sebenar buat masa ini, biarlah tersimpan dihati saya.

 

Dekat tapi jauh

Lama tak update. Buzy. Kedua, cuba melupakan realiti.🙂
Ubat diri. Harap kawan2 yang lain juga tabah.

“Aku mencintaimu dengan kata dan rasa,
Kau mencintaiku dengan sikap dan laku..”

🙂