Keputusan

Alhamdulillah. 2 minggu yang lepas husb telah pergi ambil result darah. CD4 countnya meningkat kepada 241, viral load dah turun ke 21 – 24 (undetectable) (maaf lupa lak bacaan tepat tapi range itulah) dan bacaan tither siflis 1:2 sahaja.

Bagi saya itu satu result yang baik. Ada la improvement. Walau husb bersyukur, dia sedikit kecewa. Katanya kalau boleh biarlah hilang terus, tak larat dah makan ubat tiap2 hari katanya. Well, ….

Telah hampir setahun berlalu. Tidak sangka kami masih boleh mengatur langkah kehidupan ini. Walaupun tidak indah, tapi bersyukur kerana ruang dan peluang yang kami perolehi.

Cuma satu, wanita memang boleh menanggung keperitan duka, tapi, bila kepercayaan pernah hilang, susah betul nak bina impian baru semula.

Esok memang masih ada. Tapi adakah esok milik kita..?

 

 

 

Penawar

Salam,

Lama saya tinggalkan blog ini kerana kesibukan tugas seharian. Pun begitu, saya masih ingat dan diperingatkan tentang takdir yang telah menimpa diri ini.

Post kali ini saya tujukan kepada sesiapa yang berkenaan, yang mencari penawar penyakit dan kedukaan yang kita alami dari musibah ini.Ya, pertama sekali perlu ada ketabahan dan kesabaran serta doa agar kita mampu menghadapinya.

Segalanya mungkin dalam hidup ini. Saya bertemu seseorang yang mampu membantu. Saya telah makan ubat beliau dan masih makan ubat beliau. Saya bercakap tentang syphillis tuan/puan. Jika dibaca dalam entri2 terdahulu, mungkin tuan/puan dah tahu. Melalui pemeriksaan kesihatan yang lalu, bacaan titter saya yang 1:2 itu telah tiada. Sepatutnya ia akan hilang secara gradual. Selama mana kita tidak tahu. Doktor selalu cakap, selamanya ia akan berada dalam badan kita. Alhamdulillah status saya sekarang adalah undetectable. Cuma saya perlu check dalam antibodi saya sahaja pada tahun depan.

Suami juga sedang mengambil ubat tersebut. Cuma dose dan ubatnya sedikit berbeza. Reading CD4nya hanya akan diketahui selepas dia membuat pemeriksaan nanti. Kami menanti dengan penuh harapan.

Saya hanya ingin membantu, terutama isteri2 yang teraniaya, mungkin juga suami ya? Siapa tahu.

Hubungi saya melalui email radsha2011@gmail.com. Insyallah moga masih ada sinar untuk kita.

Tabahlah.

Salam Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Semoga kita semua beroleh rahmat dan berkat.

Alhamdulillah suami dapat menunaikan puasa seperti biasa. Cuma lepas berbuka, perut dia akan terasa kembung dan senak. Masalah ni dah berlarutan sekian bulan. Bila tanya Doktor, dia kata bukan kesan sampingan HAART.

Cabaran tetap datang. Tapi untuk bulan ini, biarlah kita fokus pada ibadah saja.

Jumpa lagi.

Luka di tangan

Pada 29/6 yg lalu saya telah pergi membuat ujian darah untuk kesekian kalinya untuk mengetahui sama ada sisa-sisa siflis dengan tither 1:2 masih ada dlm badan saya. Result diperlehi pada 6/7 dan alhamdulillah, resultnya undetectable.Namun begitu dalam antibodi masih reactive. Doktor cakap, it’ll probably stay that way for the rest of my life. Saya cuma perlu datang buat ujian semula pada masa yang sama tahun depan untuk melihat sama ada reactive itu hilang/berkurang…

Dah 7 bulan berlalu. Akhirnya suami memaklumkan kpd ibu bapanya. Kami mengatakan bahawa dia mengalami penyakit tersebut melalui pemindahan darah. Tujuan kami – saya: biarlah dia mendapat doa yang terbaik dari kedua ibu bapanya. Moga itu memudahkan perjalanan hidupnya dan mengubati penyakit ini dengan cepat sekiranya ada kemajuan dalam bidang perubatan. Kadang2 saya juga tidak berada disisinya kerana perlu bertugas luar negara, jadi jika apa2 hal, parents dia akan tahu apa perlu dibuat. Bukanlah saya mendoakan terjadi sesuatu yg buruk, tetapi ianya penting juga. Dan saya harap jika selama ini kasih sayang antara mereka tidak begitu kukuh, lepas ini mereka akan lebih mengambil berat dan memberi sokongan.

Dan alhamdulillah. Dia lebih kuat menghadapi hari2 yang mendatang sekarang dengan sokongan padu kedua ibu bapanya. Cerita sebenar buat masa ini, biarlah tersimpan dihati saya.

 

Dekat tapi jauh

Lama tak update. Buzy. Kedua, cuba melupakan realiti. :)
Ubat diri. Harap kawan2 yang lain juga tabah.

“Aku mencintaimu dengan kata dan rasa,
Kau mencintaiku dengan sikap dan laku..”

:)

Langit biru

Salam,

Lama saya tidak menulis disini. Membawa hati. Cuba melupakan bahawa ini adalah suatu realiti yang harus saya hadapi. Sedikit sebanyak ia membantu juga mengubat lara. Hari ini saya kembali, kerana rupanya masih ada yang membaca blog ini dan email kepada saya personally menceritakan pengalaman mereka dan saya rasa mereka juga tertunggu2 perkembangan terbaru suami saya untuk  dijadikan panduan atau apa sahaja..  Mungkin dalam ruang yg sedikit ini, dapat juga kiranya saya membantu orang-orang yang senasib dengan saya.

Sepanjang sebulan yang lalu, keadaan suami semakin baik. Dia betul2 follow pengambilan ubat yg tepat pada waktunya serta penjagaan pemakanannya. Masa awal tu payah juga, especially bila kami perlu berada di rumah saudara mara waktu kenduri dan dia perlu ambil ubat tepat jam 8.40pm.  Waktu pagi pula jam 8.40am. Pagi tidak bermasalah sangat. Tapi malam, kesan ubat yang diambil lain macam sikit; dia akan cepat ‘ting-tong’ katanya lepas ambil ubat tu. Jadi jika perlu memandu, selalunya i’ll be taking the driver’s seat la. So awal2 tu kami banyak avoid apa2 jemputan kenduri atau makan malam.  Kalau terpaksa, kami attend juga dan bila its time for him to take his medicine, dan org bertanya, I have to hold my breath – risaunya kalau orang tahu. But they know, he’s recovering from sakit hari tu, and just taking his normal medication, so mereka tidak la syak apa-apa yang lain. Lepas itu saya lega la.. Banyak cuti-cuti umum yang berlalu, dan semua orang pergi bercuti ke sana sini tapi kami stay in sahaja. Nak ajak pegi window shopping atau jalan2 pun dia tak larat sangat. Memang bosan sikit la masa tu, but we managed to handle it la. Dia tak boleh diajak jalan2, saya ajak dia pegi makan2.. :)  Itu adalah antara cabaran yg perlu saya lalui.  Orang sekeliling tengok dia semakin pulih, tapi sebenarnya tidak dan hanya saya yang tahu status kesihatannya. Dan trying to act normal when the situation is not adalah cabaran paling besar….

Dengan rahmat Allah, mungkin ubat yang suami makan telah serasi dengan badan, selera makannya juga bertambah. Kejap2 rasa lapar. Kadang2 kesian juga melihatnya. Berat badan yang hanya 48kg sewaktu diadiagnose telah pun naik ke 52kg minggu lalu. Dia nampak happy sedikit. Cuma risau bagaimana  CD4 countnya tu. Saya maklumkan kepada suami tentang TT yang telah meningkat CD4 countnya dalam beberapa bulan selepas menjalani rawatan HAART, so dia positif sikit la..

Sehingga kini kami masih belum ‘bersama’. Saya belum mampu meyakinkan diri sendiri. Masih mencari hala tuju hubungan ini. Rasa cuak dan rasa didustai itu masih dalam. So, what do you do? Hidup ini macam cuaca juga, ada kala langit biru cerah. Ada kala mendung tak sudah. So we are living life just as it is.. langit terasa biru bila tidak terlalu fokus tentang apa yang terjadi, mendung dan suram bila mengenang realiti. Masa langit biru cerah, cuci baju semua, jemur bagi kering lah.. :) Bila mendung dan suram, berdoalah kepadaNya, penjaga sekalian alam.